" image="http://tvsarawak.com/wp-content/uploads/2015/03/nasihat-abg-jo-gen-muda-602x360.png"]

Seminar Keibubapaan 2015

Seminar keibubapaan bertemakan ‘Memperkasakan Diri dan Minda Keluarga’ yang telah berlangsung ni Hotel Hilton hari ini adalah bertujuan untuk mendedahkan masyarakat tentang kepentingan pengurusan keluarga di samping melahir golongan anak-anak berilmu yang berperanan di dalam pembangunan negara.

Menurut Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Openg, beliau berkata tiga perkara utama yang penting adalah keluarga, ilmu, dan kekuatan ummah.

Beliau menambah, keluarga merupakan unit yang penting kerana daripada keluarga yang kukuh akan seterusnya menyumbang kepada kekuatan masyarakat yang seterusnya berupaya menjadi kekuatan buat negara dan setiap unit menyumbang secara langsung kepada kejayaan sesebuah unit yang lain.

Dari segi ilmu pula, beliau berpendapat bahawa tanpa ilmu, kita tidak akan berupaya untuk berada pada kedudukan yang baik kerana dengan ilmu, kita akan lebih disegani dan dihormati.

Tambah beliau lagi, hasil daripada ketegapan keluarga serta ilmu, kekuatan ummah akan berjaya dicapai.

Dalam pada itu, beliau yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N8 Satok berkata beliau akan membantu menambah lebih banyak bahan bacaan bahasa inggeris di Pusat Sumber Tun Openg bagi meningkatkan penguasaan bahasa inggeris dikalangan masyarakat serta anak-anak muda di Satok

Seminar anjuran Biro Pendidikan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Satok tersebut telah dikendalikan oleh panel penceramah terdiri daripada Ketua Penolong Mufti Sarawak Mual Suaud, Dekan Pusat Pengajian Bahasa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Norazuna Norahim dan Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIMAS Mohd Shuib Maknun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

thirteen + five =