" image="http://tvsarawak.com/wp-content/uploads/2015/03/lawatan-sagrotek.png"]

Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg telah mengadakan lawatan ke tapak pusat latihan Agroteknologi Saberkas atau lebih dikenali sebagai SAGROTEK di Tapak Projek SAGROTEK, Paloh, Kota Samarahan pada 12 Mac 2015.

Menurut beliau ketika sidang media, Saberkas berusaha untuk mewujudkan Pusat Latihan Pertanian yang moden dengan menggunakan kaedah teknologi di kawasan pertanian di Paloh, Kota Samarahan selepas berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kuala Lumpur dan dipersetujui oleh Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Beliau juga berkata bahawa kerajaan telah meluluskan 12 ekar dan meperuntukkan 1 juta untuk membangunkan pusat latihan ini.

SAGROTEK mempunyai fasiliti dan kemudahan yang terdiri daripada dua blok iaitu blok pentadbiran dan kuliah dan satu asrama lelaki dan wanita. Ia akan berfungsi untuk melatih golongan muda dalam bidang pertanian moden dengan kerjasama MIMOS dan Jabatan Pertanian Sarawak dan akan menyumbangkan kembali kepada Pembangunan Pertanian kawasan seluruh Sarawak khususnya Halal Hub iaitu Tanjung Manis serta melatih dan melahirkan golongan technopreneur. SAGROTEK dijangka akan mula beroperasi pada Ogos ini.

Category:

Highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

13 + thirteen =